Malaysia lapor 4,113 kes baharu Covid-19, Selangor tertinggi  


Selangor menyumbang 1,269 kes daripada jumlah harian negara iaitu sebanyak 4,113 kes. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Mei, 2021.

SELANGOR terus-menerus mencatat jumlah jangkitan harian Covid-19 paling tinggi dengan 1,269 kes daripada jumlah keseluruhan 4,113 kes dilaporkan di seluruh negara dalam 24 jam terakhir, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata melalui hantaran di Twitter bahawa angka terbaharu ini menjadikan jumlah kes terkumpul 462,190.

Katanya, selepas Selangor, negeri dengan jumlah kes kedua tertinggi adalah Sarawak sebanyak 533 kes, diikuti Johor dengan 335 kes.

Selebihnya adalah Kuala Lumpur (306 kes), Pulau Pinang (266), Negeri Sembilan (124) dan Sabah (53). – 14 Mei, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen