Sistem IT kesihatan Ireland ditutup selepas diserang


Sistem kesihatan Ireland kini sibuk bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenal pasti dalang dan memulihkan kembali sistem IT itu. – Gambar AFP, 14 Mei, 2021.

PIHAK berkuasa kesihatan Ireland pada Jumaat berkata ia telah mematikan sistem komputernya setelah mengalami “serangan perisian tebusan (ransomware).”

“Kami telah mengambil langkah berjaga-jaga mematikan semua sistem IT kami untuk melindungi mereka dari serangan ini dan untuk membolehkan kami sepenuhnya menilai keadaan dengan rakan keselamatan kami sendiri,” kata Eksekutif Perkhidmatan Kesihatan negara itu di Twitter.

“Kami mohon maaf atas kesukaran ditimbulkan kepada pesakit dan orang ramai serta akan memberikan maklumat lebih lanjut setelah tersedia,” tambahnya menambah program vaksinasi Covid-19 Ireland tidak terjejas dan “terus berjalan mengikut rancangan.”

Satu lagi serangan ransomware pada Jumaat lalu memaksa penutupan rangkaian saluran paip bahan bakar terbesar di Amerika Syarikat, menyebabkan ramai membuat pembelian panik di stesen minyak di sepanjang pantai timur AS.

Moscow menolak tuduhan AS kumpulan berpusat di Rusia berada di belakang serangan siber tersebut.

Ketua eksekutif HSE Paul Reid memberitahu penyiar negara RTE serangan itu “sangat signifikan” dan badan itu bekerja dengan penyedia keselamatan IT utamanya.

“Kami berada di tahap awal untuk memahami sepenuhnya ancaman itu,” katanya menambah ia sedang berusaha untuk “membendung” masalah tersebut.

Hospital bersalin Rotunda di Dublin berkata semua lawatan pesakit luar dibatalkan selain untuk wanita yang sekurang-kurangnya sudah mengandung 36 minggu “kerana masalah IT yang serius”. – AFP, 14 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen