LEBIH separuh daripada 20 kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini dikaitkan dengan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 12 kluster berkaitan dengan tempat kerja dilaporkan hari ini.
Selangor melaporkan jumlah kluster tempat kerja tertinggi iaitu lima kluster melibatkan
- Tapak pembinaan Persiaran Tanjung di Sepang - 53 kes
- Persimpangan Batu Arang di Gombak dan Hulu Selangor - 163 kes
- Bukit Semenyih 2 di Hulu Langat dan Kuala Langat - 105 kes
- Industri Jalan Emas Kuala Langat dan Klang - 31 kes
- Persiaran Masjid Lima di Petaling, Klang, Kuala Langat, dan Kuala Selangor - 28 kes
Negeri lain yang melaporkan kluster tempat kerja adalah Kuala Lumpur dengan tiga kluster, Johor dengan dua sementara Pulau Pinang dan Kelantan masing-masing satu kluster.
Selain dari kluster tempat kerja, terdapat juga lima kluster komuniti dalam senarai hari ini
Sarawak melaporkan dua kluster komuniti sementara Kelantan, Johor dan Sabah masing-masing mencatatkan satu kluster.
Termasuk senarai hari ini ialah kluster Jalan Muafakat di Johor yang dikaitkan dengan aktiviti keagamaan (39 kes), kluster pendidikan Kebagu di Sabah (15 kes) dan Lorong Taman Ipoh Dua di Perak yang melibatkan kluster berisiko tinggi (21 kes).
Noor Hisham juga mengumumkan sehingga kini sebanyak 462 kluster jangkitan aktif di negara ini. – 12 Mei, 2021.
Komen