ANGKA kematian koronavirus India melepasi 250,000 hari ini apabila pandemik itu melanda seluruh negara yang mempunyai penduduk berjumlah 1.3 bilion orang.
Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 4,205 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam terakhir – rekod baharu – menjadikan jumlah kematian seramai 254,197.
Jumlah kes meningkat hampir 350,000 sehingga 23.3 juta, yang kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.
Walaupun wabak itu dilihat semakin pulih di kota-kota besar, virus itu nampaknya tidak dapat dikawal di kawasan pedalaman India yang luas di mana dua pertiga penduduknya tinggal.
Seorang penyelidik dasar kesihatan dan bioetika berkata kematian jauh lebih tinggi daripada apa yang diberikan oleh data rasmi. – AFP, 12 Mei, 2021.
Komen