19 kluster baharu Covid-19 dikesan


Ravin Palanisamy

Selangor masih merekodkan kluster tertinggi Covid-19 hari ini.– Gambar fail the Malaysian Insight, 10 Mei, 2021.

KLUSTER Covid-19 aktif melonjak ke 448 hari ini apabila pihak berkuasa kesihatan mengesan 19 kluster baharu di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada kluster yang dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, tujuh adalah berkait tempat kerja, diikuti dengan keagamaan (5) dan penularan komuniti (5) dan sektor pendidikan (2).

Noor Hisham berkata lima kluster dilaporkan di Selangor, Johor (3), Kedah, Sarawak dan Perak (masing-masing 2), Pulau Pinang, Sabah, Terengganu, Pahang dan Kelantan (masing-masing 1).

Tempat kerja

1. Balakong Jaya Tiga di Hulu Langat, Selangor dengan 10 kes

2. Jalan Raja Musa di Kuala Selangor, Selangor (6)

3. Jalan Maharani di Muar dan Tangkak, Johor (33)

4. Bukit Minyak Lapan di Seberang Perai Utara, Selatan dan Tengah (37)

5. Dah Empat Kota di Kota Setar, Kuala Muda, Pendang dan Yan, Kedah (10)

6. Kompleks Empat di Kota Kinabalu, Kota Belud, Papar, Penampang, Putatan, Ranau, Sandakan dan Tuaran, Sabah (26)

7. Gudang Genting di Bentong, Pahang (14)

Pusat keagamaan 

8. Desa Kemuning di Klang, Selangor (10)

9. Jalan Haji Alias di Klang, Selangor (13)

10. Pekan Pasir Mas di Pasir Mas dan Machang, Kelantan (51)

11. Jalan Kesyukuran di Kota Tinggi, Johor (14)

12. Dah Lalang di Baling, Kedah (13)

Penularan komuniti

13. Ulu Anap di Tatau dan Bintulu, Sarawak (19)

14. Emperan di Selangau, Sarawak (97)

15. Kampung Sawah di Pontian, Johor (6)

16. Pelagat Tiga di Besut, Terengganu (32)

17. Parit Lima di Hilir Perak, Perak (10)

Sektor pendidikan

18. Jalan Jurutera di Petaling dan Gombak, Selangor (12)

19. Jalan Baling di Hulu Perak, Perak (41)

Noor Hisham berkata setakat hari ini 1,359 kluster telah ditamatkan.– 10 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen