Wanita Itali disuntik vaksin satu botol, masuk hospital


Sepatutnya disuntik satu dos ke lengan pelajar itu, namun kesilapan jururawat mengundang padah apabila menyuntik satu botol vaksin itu. – Gambar EPA, 10 Mei, 2021.

SEORANG wanita Itali berusia 23 tahun berada di bawah pemerhatian di sebuah hospital di Tuscany setelah menerima enam dos vaksin Pfizer secara tidak sengaja, lapor agensi berita AGI pada Isnin.

Wanita itu berada dalam keadaan stabil setelah menerima paracetamol dan cecair selepas suntikan pada Ahad, AGI melaporkan.

Sepatutnya disuntik satu dos ke lengan pelajar itu, namun kesilapan jururawat mengundang padah apabila menyuntik satu botol vaksin itu. 

Satu botol bersamaan enam dos.

Kajian terdahulu terhadap dos berlebihan vaksin Pfizer dihadkan kepada empat dos, lapor AGI.

Kejadian tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa kesihatan Itali.

Sebelum ini dos berlebihan vaksin Pfizer telah dilaporkan di Amerika Syarikat, Australia, Jerman dan Israel. – AFP, 10 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen