KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang menyerang aktivis pelajar Ain Husniza Saiful Nizam di media sosial, kata ahli Parlimen dan Adun Pakatan Harapan (PH) Selangor.
Dalam satu kenyataan, mereka berkata institusi pendidikan di Malaysia mempunyai sejarah lama guru dan pendidik berkualiti bekerja keras untuk mengekalkan standard pendidikan yang tinggi untuk anak-anak kita.
“Ini telah membolehkan anak-anak kita membangunan dan berkembang sepenuhnya dalam suasana pembelajaran hormat menghormati, damai, bahagia, sayang-menyayangi dan saling memahami,” kata mereka dalam pernyataan bersama hari ini.
“Oleh itu, adalah sangat malang bahawa pengetua sekolah Ain Husniza mungkin membuat satu kenyataan negatif di Facebook dimana Ain telah dirujuk sebagai seorang “hipokrit ... anak setan pakai tudung”. Setakat ini, pengetua tersebut tidak menafikan perbuatannya itu dan sejak itu memadamkan komen di Facebook Saiful Nizam (ayah kepada Ain) itu.
“Kami mendesak Kementerian Pendidikan untuk mengkaji semula sistem pendidikan dan mengambil tindakan tatatertib yang tegas terhadap pengetua, sekiranya dia didapati telah menulis komen negatif tersebut dan terhadap guru yang telah mengambil tindakan terhadap pemberi maklumat.”
Bekas timbalan perdana menteri dan Ahli Parlimen Pandan Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekas menteri kesihatan dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad adalah antara ahli Parlimen yang menandatangani kenyataan itu.
Berita mengenai komen guru besar mengenai Ain Husniza di laman Facebooknya keluar pada Sabtu.
Anggota Parlimen berkata komen itu memberi keizinan kepada pendidik dan pelajar lain untuk melihat jenaka mengenai keganasan terhadap wanita sebagai sesuatu yang boleh diterima.
“Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima atas sebab kanak-kanak akan mendapat petunjuk daripada warga pendidik mereka dan ‘jenaka’ rogol akan dinormalkan,” kata mereka.
“Penanganan kes Ain meninggalkan satu titik hitam dalam demokrasi kerana kerana kita seolah-olah memberi amaran kepada pemuda kita bahawa mereka yang bersuara dianggap sebagai pembangkang, penghasut dan lebih teruk lagi sekarang dilabelkan sebagai syaitan.” – 10 Mei, 2021.
Berita penuh di sini
Komen