Hannah gesa Perikatan tidak abai isu jenaka rogol, pemeriksaan haid di sekolah


Segambut MP Hannah Yeoh has sued former inspector-general of police Musa Hassan for defamation after the latter alleged DAP is run by communists and Christian evangelists. – The Malaysian Insight file pic, July 20, 2020.

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) perlu menangani isu jenaka rogol dan pemeriksaan kedatangan haid yang berlaku di sekolah dan bukannya mendiamkan sahaja perkara itu, kata Hannah Yeoh.

Beliau berkata menteri bukan dibayar untuk berdiam diri berhubung isu tersebut dan mendesak mereka lebih serius menangani perkara tersebut.

“Menafikan masalah itu merupakan satu kemalasan. Menerima status quo tidak cukup baik. Berdiam diri atau berharap masalah itu selesai sendiri, tidak sepatutnya mereka buat.

“Rakyat Malaysia mengharapkan menteri dan timbalan menteri seperti Radzi Jidin, Rina Harun dan Siti Zailah segera dan berani menangani perkara itu,” kata bekas timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini proaktif dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Ahli Parlimen Segambut itu merujuk kepada dua kes pelajar baru-baru ini yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

Pertama, kes melibatkan remaja Ain Husniza Saiful Nizam, yang diugut diperkosa selepas menyiarkan di media sosial yang seorang guru pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolahnya membuat kenyataan menyinggung perasaan, seolah-olah menggalakkan pelajar melakukan rogol.

Ain menggesa pihak berkuasa menjadikan sekolah sebagai tempat lebih selamat untuk pelajar. Beberapa rakan sekelasnya kemudian membuat ancaman rogol berhubung hantaran tersebut.

Beliau kini berdepan tindakan dibuang sekolah kerana tidak hadir ke sekolah sementara tiada tindakan diambil untuk menyiasat guru yang didakwa membuat jenaka rogol itu.

Bagi kes kedua, beberapa pelajar baru-baru ini berkata mereka terpaksa menjalani pemeriksaan kedatangan haid di sekolah oleh guru.

Hannah mengecam sikap berdiam diri dan tiadanya tindakan kerajaan terhadap isu tersebut. – 10 Mei, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen