Politikus wanita jangan jadi watak pipih sahaja


Mustafa K. Anuar

Penglibatan kaum wanita dalam politik tidak sepatutnya dilihat sebagai "watak pipih" untuk menarik golongan wanita sahaja. Ia harus meliputi segala aspek bukan sahaja kepimpinan, malah kebijaksanaan, kemampuan dan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 Januari, 2018.

PENGLIBATAN kaum wanita dalam dalam ruang politik tidak sepatutnya untuk mengisi jawatan sementara sahaja, kata para aktivis dan ahli akademik.

Aktivis dan juga peguam, Fadiah Nadwa berkata, peranan wanita dalam politik sama pentingnya dengan politik yang diamalkan selama ini iaitu politik yang bersifat menyeluruh, progresif, radikal dan mewakili rakyat Malaysia terutamanya golongan terabai.

Beliau mengulas seruan sayap wanita Pakatan Harapan (PH) yang mengesyorkan penyertaan lebih ramai wanita dalam politik.

Presiden PH Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini berkata gabungan pembangkang bersedia menamakan wanita sebagai perdana menteri sebelum pengumuman calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri oleh PH.

Sehubungan itu, Fadiah berkata Wan Azizah sudah tidak patut diletakkan sebagai “watak pipih” sahaja.

Turut sependapat dengan Fadiah ialah Prof Zaharom Nain dari Kampus Universiti Nottingham Malaysia bersependapat yang berkata, tidak kira lelaki atau perempuan, wakil rakyat tidak sepatutnya dijadikan “watak pipih.”

“Kita nak wakil rakyat kita bekerja untuk kita, bukan untuk pasangan mereka,” katanya.

Aktivis dan juga peguam, Fadiah Nadwa berkata kehadiran wanita dalam politik sama pentingnya dengan politik yang di bawa dan diamalkan selama ini iaitu politik yang bersifat menyeluruh, progresif, radikal dan mewakili rakyat Malaysia terutamanya golongan terpencil. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 8 Januari, 2018.

Sementara itu, penulis bebas Lim Hong Siang berpendapat istilah “watak sampingan” yang dirujuk kepada Dr Wan Azizah bukan sahaja memberi pengertian tidak baik buat pemimpin itu, malah langsung tidak tepat untuk digunakan terhadap semua wanita.

Tambah Hong Siang, Dr Wan Azizah ada kekuatan tersendiri yang telah terbukti melalui segala cabaran yang dihadapi sepanjang suaminya, Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Dalam pada itu pengarah eksekutif Empower, Angela M. Kuga berkata adalah tidak wajar istilah “watak sampingan” dijadikan buah mulut untuk merujuk pada Dr Wan Azizah.

“Jelas beliau dah tunjukkan yang beliau adalah pemimpin yang bertanggungjawab dalam mempertahankan kepentingan gabungan (PH) dan juga parti (PKR).

“Dengan menjadi timbalan perdana menteri, semestinya akan membuka lagi peluang beliau, bukan sahaja untuk menonjolkan kemampuannya sahaja, malah menjadi lebih vokal dan boleh menentukan arah dan cara bagaimana wanita mampu terlibat dalam politik, demokrasi dan urus tadbir yang terbaik tanpa mengambil kira kepercayaan agama, jantina, kelas mahupun etnik,” kata Angela.

Dr Wong Chin Huat pula berpendapat bahawa “watak pipih” sebenar dalam atmosfera politik kini adalah Dr Mahathir Mohammad, yang akan diganti oleh Anwar Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 Januari, 2018.

Selain itu, felow Penang Institute Dr Wong Chin Huat pula berpandangan bahawa “watak sampingan” sebenar dalam atmosfera politik kini adalah Dr Mahathir Mohammad, yang akan diganti oleh Anwar Ibrahim.

Jadi, jika PH mengambil alih Putrajaya, adakah Dr Wan Azizah akan kekal sebagai timbalan perdana menteri sedangkan suaminya menggantikan Dr Mahathir, dalam konteks untuk meluaskan peranan wanita dalam politik?

Fadiah, Wong dan Hong Siang bersependapat yang keadaan itu akan membawa konflik kepentingan jika suami isteri itu memegang tampuk kekuasaan.

Manakala Zaharom memberi amaran, walaupun perlunya peranan wanita dalam kedudukan tertinggi kepimpinan, namun buat masa sekarang, kenyataan yang “perlunya wanita diberi lebih kerusi” boleh membawa peluang untuk dihentam.

“Sesetengah pemimpin wanita dunia seperti Margaret Thatcher tidak pernah memperjuangkan hak wanita.

“Dalam konteks sekarang, sangat meragukan Ivanka Trump, Azalina (Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri) atau Shahrizat (Abdul Jalil) akan memperjuangkan wanita seperti yang dijangkakan oleh bukan feminis. Jadi sebenarnya, elemen jantina cuma salah satu (faktor) sahaja,” kata Zaharom.

Bagaimanapun, Angela merasakan sikap begini terhadap Dr Wan Azizah lah yang menjadi masalah.

“Kalau PH tak ambil alih kerajaan daripada BN, PH patut berpegang pada tujuannya yang telah dijelaskan kepada umum iaitu wanita boleh memegang dua jawatan penting dalam kerajaan.

“Secara idealnya, dan dari pengalaman lalu, timbalan perdana menteri ada banyak peluang untuk menjadi perdana menteri. Persoalan tentang ‘siapa’ antara wanita dalam politik perlu diputuskan berdasarkan merit, pengalaman, dan kemampuan untuk memerintah tanpa rasa gentar atau berpihak kepada pelbagai budaya, agama di Malaysia.”

Dalam segala rencam dan pandangan mengenai peranan wanita dalam politik, Wong pula menyeru supaya menteri wanita ditambah dengan “minima 30% mengikut standard antarabangsa.”

“Portfolio tepat perlu ditentukan berdasar kemampuan individu,” katanya, “tetapi kita seharusnya lebih dari 13% sekarang (menteri dan timbalan menteri).”

Zaharom dan Hong Siang berpendapat, dengan meletakkan secara khusus peranan wanita dalam portfolio yang terhadlah yang merendahkan martabat wanita secara khusus dan keseluruhan kaum wanita secara amnya.

Kata mereka, ia berkait rapat dengan kebijaksanaan, kemampuan dan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat.

Penulis bebas Lim Hong Siang berpendapat istilah “watak pipih” yang dirujuk kepada Dr Wan Azizah bukan sahaja memberi pengertian tidak baik buat beliau, malah tidak sesuai sama sekali untuk dirujuk kepada semua wanita pun. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 8 Januari, 2018.

Angela menambah, “Tentulah untuk semua portfolio! Pengalaman dan suara wanita perlu diambil kira dari pelbagai sudut, sama ada ekonomi, pendidikan, kesihatan atau keselamatan negara.

“Mereka tak perlu dihadkan hanya kepada kedudukan yang berkait dengan isu wanita sahaja.

“Satu cara untuk meningkatkan kebolehan wanita untuk bekerjasama untuk kepentingan rakyat Malaysia adalah dengan menginstitusikan Kokus Parlimen Wanita. Ini bukan sahaja untuk berkongsi ilmu dan kemahiran, tetapi untuk dilaksanakan dalam semua portfolio.”

Hong Siang menerangkan yang rakyat Malaysia juga tak sepatutnya terlepas pandang kepentingan dasar berkaitan wanita, yang mana politikus lelaki turut boleh membantu. Sebagai contoh, bagaimanakah sejarah bertulis telah membuktikan penglibatan wanita dalam masyarakat?

Tambahnya, “Dalam masa kita memperjuangkan wakil rakyat wanita, kita juga patut menuntut politikus lelaki sedar dan peka terhadap kepentingan dan kebimbangan wanita.

“Akhirnya, ia bukan mengenai jumlah 10 atau 20 menteri wanita yang akan mempertahankan kepentingan wanita dalam kehidupan kita sehari-hari, tetapi yang akan melindungi kepentingan wanita adalah dasar yang dilaksanakan.” – 8 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen