Kenyataan kementerian bercanggah mengelirukan, kata Kok  


Ravin Palanisamy

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok ingin tahu kenyataan siapa yang betul selepas menteri kabinet Khairy Jamaluddin dan Ismai Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan berasingan berhubung arahan penutupan pusat membeli belah.– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Mei, 2021.

PERLU ada komunikasi yang baik dalam kalangan menteri sebelum mengeluarkan kenyataan kerana pengumuman yang bertentangan menyebabkan kekeliruan sekaligus membebankan orang awam dan perniagaan, kata Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Kok merujuk kepada kenyataan bertentangan yang dibuat oleh menteri penyelaras program imunisasi Covid-19 kebangaan Khary Jamaluddin dan Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berhubung tempat yang dikesan sebavai kawasan panas oleh sistem amaran awal Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) semalam.

“Khairy Jamaluddin mengeluarkan senari lokasi di bawah sistem HIDE dan mengatakan semua premis dan lokasi yang tersenarai belum disahkan kluster Covid-19. Bagaimanapun premis dan lokasi ini berpotensi menjadi kluster sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

“Kemudian, Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan yang mengataka premis tersenarai di bawah HIDE akan ditutup serta merta selama tiga hari.

“Kenyataan Ismail Sabri bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Khairy Jamaluddin sebelum itu. Jadi, kenyataan siapa yang betul? Adakah kompleks membeli -belah yang tersenarai di bawah HIDE akan ditutup serta merta selama tiga hari?” soal ahli Parlimen DAP.

Kok berkata kenyataan bertentangan oleh menteri itu mendapat bantahan daripada Persatuan Pusat Beli-Belah Malaysia (PPKM), Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA).

“Reaksi dari ketiga-tiga persatuan ini sudah dijangka, bagaimana kerajaan boleh berikan mereka notis kurang 24 jam untuk menutup lebih 150 kompleks yang tersenarai di bawah HIDE? Ribuan perniagaan dalam lokasi ini tidak bersedia sepenuhnya dengan penutupan mengejut,” katanya.

Tambah Teresa ini bukan kali pertama kedua-dua menteri membuat pengumuman bertentangan.

Beliau merujuk kepada perkara sama beberapa hari lalu apabila Ismail Sabri berkata mereka yang mahu rentas daerah untuk vaksin perlu mendapatkan kebenaran polis, manakala Khairy membantah kenyataan itu dan menyatakan mereka yang mahu rentas daerah untuk vaksinasi tidak perlu mendapatkan kebenaran polis tetapi mereka perlu menunjukkan notifikasi vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera kepada polis.

Kenyataan bertentangan yang dibuat oleh Khairy dan Ismail Sabri itu menunjukkan mereka gagal berkomunikasi dan gagal memahami kepentingan satu sama lain sebelum membuat kenyataan umum.

Beliau berkata komunikasi dan koordinasi yang lebih baik antara kedua-dua menteri kabinet, kakitangan kerajaan dan sektor-sektor yang terjejas adalah sangat mustahak, sambil menambah tindakan yang diselaraskan akan menghilangkan semua kekeliruan yang tidak perlu, seperti yang timbul sekarang. – 9 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen