Orang muda lebih ramai dijangkiti Covid-19, kata KP Kesihatan


Ravin Palanisamy

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, varian baharu virus boleh menyebabkan Covid-19 lebih parah buat pesakit lebih muda, berbeza dengan pada awal pandemik ketika di mana paling teruk adalah orang tua, selain mereka yang  dan mereka yang mempunyai penyakit lain. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mei, 2021.

LEBIH ramai orang muda menjadi mudah terkena jangkitan Covid-19 yang teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, varian baharu virus boleh menyebabkan Covid-19 lebih parah buat pesakit lebih muda, berbeza dengan pada awal pandemik ketika di mana paling teruk adalah orang tua, selain mereka yang  dan mereka yang mempunyai penyakit lain.

Varian virus yang lebih baharu nampaknya membuatkan pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, tambahnya.

“Ada pesakit muda dengan gejala yang teruk, (mereka) perlukan alat bantuan ventilator dan tidak bertindak balas dengan sekadar rawatan.

“Dalam kes seperti ini, kami sedang membuat kajian genomik untuk mengenal pasti sama ada terdapat varian jangkitan di antara mereka,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Katanya, golongan muda berusia antara 20 hingga 39 tahun kini berisiko lebih tinggi dijangkiti Covid-19.

Dalam kumpulan usia 20 hingga 29 tahun, terdapat 1,531 orang yang dijangkiti Covid dari 1 Januari hingga 7 Mei, katanya.

Dalam kumpulan umur 30 hingga 39 tahun, terdapat 1,452 orang yang dijangkiti dalam tempoh yang sama.

Dalam kumpulan umur lain, dalam tempoh sama, terdapat 403 kes bagi mereka yang berumur 0 hingga 9 tahun, 10 hingga 19 (579 kes), 40 hingga 49 (969 kes), 50 hingga 59 (756 kes), 60 hingga 69 (639 kes), 70 hingga 79 (502 kes), dan 80 ke atas (468 kes).

Dr Noor Hisham juga berkata Malaysia mencatatkan 1,161 kematian sejak awal tahun ini sahaja, berbanding 471 kematian pada tahun lalu.

Noor Hisham berkata hospital di Lembah Klang telah mencapai titik kritikal di mana telah melebihi 70% kapasiti untuk pesakit Covid-19.

“Katil di ICU dan wad bukan ICU di hospital telah melebihi kapasiti 70 peratus untuk pesakit Covid-19, terutama di Lembah Klang di mana kita melihat peningkatan kes.

“Beberapa hospital juga telah mencapai kapasiti 100 peratus,” katanya, menambah pihak hospital kini berusaha untuk menampung mereka yang kritikal, berada di Kategori 4 dan 5. – 8 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen