Hari ke-2 kes Covid-19 lepasi 4,000


Ravin Palanisamy

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata Selangor menyumbang paling banyak kes hari ini dengan 1,722 kes, diikuti Kuala Lumpur 557 kes dan Sarawak 479 kes. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 8 Mei, 2021.

MALAYSIA hari ini melaporkan lebih 4,000 kes dua hari berturut-turut dengan 4,519 kes baharu direkodkan setakat tengah hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata Selangor menyumbang kes paling banyak dengan 1,722 kes, diikuti Kuala Lumpur 557 kes dan Sarawak 479 kes.

Noor Hisham berkata, 2,719 orang telah didiscaj hari ini, menjadikan jumlah pulih keseluruhan negara menjadi 398,723.

Ini sekali lagi meningkatkan jumlah kes aktif di negara ini kepada 36,564.

Dari kes aktif, katanya, 393 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan 210 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, Noor Hisham berkata terdapat 25 kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian 1,657 orang.

Kali terakhir ramai pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 pada 18 Februari.

Daripada jumlah kematian hari ini, lima kematian masing-masing dilaporkan di Kuala Lumpur dan Sarawak, sementara empat kematian masing-masing dilaporkan di Selangor dan Johor.

Dua kematian masing-masing dilaporkan di Kelantan dan Kedah, sementara setiap satu kematian dicatatkan di Sabah, Perak dan Pulau Pinang.

Empat daripada 25 mangsa dibawa ke hospital. – 8 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen