Lebih 4,000 maut akibat Covid-19 dalam sehari di India


Sebanyak 4,187 kematian direkodkan dalam sepanjang 24 jam yang lalu, menjadikan 238,270 orang maut sejak India dilanda pandemik Covid-19. – Gambar AFP, 8 Mei, 2021.

INDIA mencatat rekod baharu angka kematian Covid-19 dengan lebih 4,000 kes dilaporkan, kata pihak berkuasa negara itu hari ini.

Sebanyak 4,187 kematian direkodkan dalam sepanjang 24 jam yang lalu, menjadikan 238,270 orang maut sejak negara itu dilanda pandemik Covid-19. 

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di India kini 21.9 juta selepas 401, 078 lagi kes baharu dilaporkan.

Meski situasi di bandar-bandar utama seperti New Delhi dan Mumbai beransur stabil dengan pertambahan katil dan bekalan oksigen, wabak kini menular pantas di sebelah selatan dan kawasan luar bandar India.

Di Karnataka, perintah berkurung dua minggu dilaksanakan mulai Isnin bagi membendung penularan wabak.

Di Banglore, yang mencatat 1,907 kematian pada April, merekod lebih 970 kes hanya dalam masa tujuh hari bulan ini. 

Kekurangan bekalan oksigen dan katil di unit rawatan rapi di hospital memburukkan situasi di India. – AFP, 8 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen