SEKOLAH dan restoran ditutup, kedai tutup awal, dan tentera dikerahkan memerangi penularan Covid-19, namun setiap malam ramai Muslim ke masjid di seluruh Pakistan untuk terawih.
Bimbang dengan virus yang menular di India, para pegawai telah mengetatkan sekatan dan mengharamkan perjalanan semasa percutian hari raya Aidilfitri.
Bagaimanapun mereka menutup sebelah mata kepada perhimpunan agama, risau tindakan keras akan mengundang keganasan meluas di republik Islam konservatif itu.
“Terdapat banyak kebimbangan mengenai tindak balas dari kumpulan agama,” kata Saeedullah Shah, doktor Pasukan Petugas Perubatan Islam Covid-19 Pakistan.
“Kerajaan sangat lembik,” katanya kepada AFP. “Semuanya separuh hati.”
Pakistan telah mencatatkan lebih 840,000 kes dan 18,500 kematian, tetapi dengan ujian yang terhad dan sektor kesihatan kacau bilau, ramai bimbang ke tahap teruk yang bagaimana Covid-19 itu akan meruncing.
Wad Covid-19 di beberapa bandar penuh selama berminggu-minggu sejak varian yang lebih berjangkit telah mendorong kes-kes meningkat.
Walaupun begitu, kerajaan masih pandang enteng dengan orang ramai untuk mengikuti “prosedur operasi standard”, masjid dilihat seperti negara yang lain.
Kehadiran untuk sembahyang meningkat semasa Ramadan, terutama pada waktu malam selepas berbuka puasa dan pada kutbah Jumaat.
Maulana Muhammad Iqbal Rizvi - yang menjaga Masjid Markazi Jamia yang bersejarah di Rawalpindi - berkata, orang ramai yang alim tidak takut, dan menolak perbandingan dengan India.
“Sembahyang kami berbeza,” katanya.
“Mereka bukan orang yang beriman dan kita adalah orang Islam, bertaubat kepada Allah adalah iman kita, mereka tidak bertaubat, itulah sebabnya,” katanya kepada AFP. – AFP, 7 Mei, 2021.
Komen