PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat pendedahan bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan bekas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador terdapat campur tangan politik dalam badan kehakiman dan polis.
“Pendedahan kedua-dua bekas ketua yang pernah mengetuai dua organisasi penting kerajaan adalah amat serius terutamanya melibatkan campur tangan politik dan rasuah dalam institusi-institusi yang menjadi benteng mempertahankan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zahid turut menggesa ahli Umno yang lain untuk mengemukakan kes untuk RCI dengan kerajaan.
“Penubuhan RCI bagi tujuan di atas boleh disekalikan dan harus disegerakan untuk memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap insitusi dan sistem yang membentengi Kedaulatan Undang-undang dan Keselamatan Negara.”
Tommy Thomas melalui bukunya “My Story: Justice in the Wilderness” bercerita tentang perjuangan dihadapinya ketika mendakwa skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kenapa bekas kerajaan Pakatan Harapan turut sama menggesa penubuhan RCI menyiasat badan kehakiman, walaupun ada banyak afidavit salah guna kuasa mereka yang berkuasa oleh hakim.
Sementara itu, bekas ketua polis negara Hamid Bador, pada 3 Mei mendakwa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin campur tangan dalam hal ehwal polis dan cuba memutuskan siapa yang akan memimpin Jabatan Cawangan Khas (SB) agar mendapat laba politik buat diri sendiri. – 7 Mei, 2021.
Komen