Bazar Ramadan, Aidilfitri di KL boleh beroperasi ketika PKP, kata menteri


Noel Achariam

Bazar Aidilfitri dan Ramadan di Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi sepanjang dua minggu PKP dikuatkuasakan bermula esok, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Mei, 2021.

BAZAR Ramadan dan Aidilfitri di Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi sepanjang dua minggu perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula esok, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

Beliau berkata bazar Ramadan dibenarkan beropasi dari 3 petang hingga 8 malam, sementara bazar Aidilfitri boleh dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.

“Kami juga memberi masa kelonggaran sejam sebelum dan selepas operasi untuk persediaan makanan, memasang gerai dan mengemas serta membersihkan gerai,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Annuar berkata makan di restoran tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP.

“Hanya makanan bungkus dan pandu lalu dibenarkan pada tempoh ini.” – 6 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen