3,744 kes baharu Covid-19, Selangor masih tertinggi


Kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 3,744 kes daripada 3,120 kes semalam, menjadikan kes kumulatif Covid-19 di dalam negara ini kini 424,376. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 5 Mei, 2021.

KES baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 3,744 kes daripada 3,120 kes semalam, menjadikan kes kumulatif Covid-19 di dalam negara ini kini 424,376.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata daripada jumlah itu dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor masih merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 1,548 kes diikuti Kelantan (480) dan Sarawak (419). 

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 313 kes; Johor (292); Pulau Pinang (195); Kedah (124); Negeri Sembilan (76); Terengganu (73); Perak (65); Sabah (50); Pahang (49); Melaka (43); Putrajaya (11); Labuan (lima) dan Perlis (satu).  – Bernama, 5 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen