TEMPOH reman Naib Presiden Warisan, Peter Anthony dilanjutkan empat hari lagi.
Majistret Stephanie Sherron Abby melanjutkan remannya selepas reman tiga harinya tamat hari ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ahli perniagaan berusia 47 tahun yang menjadi ahli politik itu pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan penjualan tanah minyak kelapa sawit berharga RM155 juta pada 2014.
Anthony dilihat tiba di mahkamah majistret di Kota Kinabalu pada jam 8.30 pagi tetapi dipindahkan ke kamar majistret sekitar jam 9.15 pagi.
Menurut peguamnya, Martin Tommy, kesihatan Anthony semakin teruk sejak beliau ditahan.
“Beliau tidak berada dalam keadaan baik.
“Bagaimanapun pendakwaan berjaya memanjangkan remannya selama empat hari lagi,” katanya.
Anthony menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menjalani tempoh remannya minggu lalu, tetapi beliau juga dimasukkan ke hospital sebelum ini.
Anthony juga dimasukkan ke hospital semasa dalam berada dalam tahanan SPRM pada 5 Oktober tahun lepas mengenai dakwaan penyelewengan RM1.5 bilion berhubung dana persekutuan untuk projek luar bandar di Sabah.
Beliau kini diikat jamin daripada kes sebelumnya.
Pada 3 Januari, SPRM mengeluarkan notis mencari Anthony bersama seorang peguam, Martin Ubu, selepas suruhanjaya itu membuka kes RM155 juta perjanjian tanah Risda. – 8 Januari, 2018.
Komen