Klinik swasta terlibat beri vaksin AstraZeneca


Ravin Palanisamy

Kerajaan melibatkan klinik swasta dalam kempen vaksinasi menggunakan AstraZeneca. – Gambar EPA, 3 Mei, 2021.

KLINIK swasta akan dimasukkan dalam program sukarela vaksinasi Covid-19 menggunakan vaksin AstraZeneca bagi meningkatkan penggunaannya hingga 80%, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Negera berkata kadar penggunaan vaksin ketika ini sekitar 75% daripada hampir 2 juta dos yang diterima.

Usaha untuk mencapai penggunaan vaksin 80% akan bermula selepas Hari Raya, tambah menteri sains, teknologi dan inovasi itu.

“Sebagai contoh, bagi memberikan vaksin AstraZeneca, kami membawa masuk klinik swasta untuk mengagihkan pusat pengeluaran vaksin (PPV) di bawah ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (PHCorp) milik kerajaan.

“Kami akan meningkatkan tenaga kerja. Bukan hanya kakitangan Kementerian Kesihatan tetapi juga doktor am dari sektor swasta juga akan terlibat,” kata Khairy pada sidang media mingguannya mengenai perkembangan usaha vaksinasi negara.

Nama klinik swasta yang disebutnya ialah Qualitas Medical Group, BP Healthcare dan QueueMed.

“Kami akan menggiatkannya kepada 80% selepas Hari Raya kerana sekarang kami berdepan kekangan susulan peningkatan kes Covid-19, kekangan tenaga kerja dan masalah lain.”

Penambahan doktor swasta, pusat vaksinasi akan memberi tambahan kepada empat PPV semasa - Pusat Dagangan Dunia Putra, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat

Konvensyen Ideal Shah Alam - yang dikhaskan untuk vaksin AstraZeneca, yang menyaksikan orang ramai boleh mendaftar untuk menerima secara sukarela.

Vaksin diberikan secara sukarela susulan kontroversi mengenai kes darah beku yang jarang berlaku, melibatkan kalangan orang dewasa yang lebih muda, di beberapa negara barat. – 3 Mei, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen