Sokongan terhadap presiden Korea Selatan merudum, kata tinjauan


Pentadbiran Moon Jae-In sedang bergelut untuk meyakinkan rakyat menerusi usaha mengekang penularan virus Covid-19 dan kenaikan harga rumah di bandar-bandar utama. – Gambar EPA, 3 Mei, 2021.

SOKONGAN rakyat terhadap Presiden Korea Selatan Moon Jae-in semakin merudum dengan mencatatkan peratusan terendah sejak beliau mula menerajui pentadbiran negara pada 2017, menurut tinjauan pada Isnin.

Hanya 33% rakyat bersetuju dengan kepemimpinannya, sementara 62.6% lagi tidak, menurut Agensi Berita Yonhap memetik tinjauan Realmeter.

Tinjauan itu membabitkan 2,523 responden berumur 18 tahun ke atas, bermula Jumaat lalu. 

Jumlah sokongan terhadap parti pemerintah Parti Demokratik (DP) turut merosot 2.9 mata peratusan menjadi 27.8%.

Parti pembangkang utama, People Power Party pula menerima 0.7 mata peratusan menjadi 37.3%. 

Pentadbiran Moon yang hanya berbaki setahun lagi, sedang bergelut untuk meyakinkan rakyat menerusi usaha mengekang penularan virus Covid-19 dan kenaikan harga rumah di bandar-bandar utama.

Rakyat juga tidak berpuas hati dengan program vaksinasi yang dilaksanakan kerajaan. – Bernama, 3 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen