MALAYSIA mencatatkan kes pertama varian Covid-19 dari India, mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.
Beliau berkata bahawa varian – yang dikenali sebagai mutasi berganda – dikesan hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS) selepas saringan dibuat di pintu masuk utama negara.
“Kita mengesan kes pertama varian India, dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1 menerusi kemasukan seorang kerakyatan India apabila melakukan saringan di Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya dipetik dalam Berita Harian hari ini.
Beliau menambah bahawa di Malaysia terdapat 48 kes varian B.1.351 Afrika Selatan, lapan kes B.1.1.7 UK, sat ukes B.1.617 India dan dua kes mutase B.1.
Varian mutase ganda, B.1.617.1 pertama kali ditemui di India pada 27 April dan laporan oleh Global Initiative oleh Sharing Avian Ifluenza Data (GISAID) mendapati ia berjangkit di sekurang-kurangnya 17 negara di seluruh dunia, tiga hari kemudian.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa mutase berganda dari India mempunyai kadar pertumbuhan virus Covid-19 yang lebih tinggi berbanding dengan varian yang ada sehingga dikhuatiri menjadi penyebab utama peningkatan secara tiba-tiba di negara ini.
Varian baharu ini dianggap memicu gelombang kes baharu India yang menjadikannya negara kedua paling teruk dilanda di dunia mengatasi Brazil dengan hospital dan tempat membakar mayat yang penuh.
India semalam melaporkan jumlah kematian Covid-19 tertinggi dengan lebih 3,700 orang dijangkiti virus berkenaan.
Sehingga hari ini lebih 19 juta kes Covid-19 dan lebih 215,000 kematian direkodkan di India.
Minggu lalu Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata Putrajaya memutuskan untuk menghentikan semua penerbangan ked an dari India mulai 28 April bagi mencegah penyebaran varian Covid-19 mutan berganda di Malaysia. – 2 Mei, 2021.
Komen