PORTUGAL hari ini membuka semula sempadan darat dengan Sepanyol dan mula fasa akhir langkah mengendurkan sekatan Covid-19.
Negara itu dilanda teruk pandemik pada awal tahun ini berikutan gelombang menyaksikan 300 kematian setiap hari.
Bagaimanapun sekatan itu berjaya menurunkan angka, dengan kematian sifar dicatat pada Jumaat untuk kali kedua dalam seminggu.
Awal minggu ini Perdana Menteri Antonio Costa mengumumkan tahap keempat dan terakhir plan itu akan bermula hari ini - dua hari lebih awal.
Selain penarikan sekatan kawalan sempadan, waktu buka untuk kafe, restoran dan tempat kebudayaan dilanjutkan, terutamanya pada hujung minggu.
Perkahwinan dan majlis sosial lain juga akan dibenarkan, walaupun di tempat-tempat yang terhad kepada 50 peratus dari kapasiti mereka, begitu juga dengan aktiviti sukan.
Semalam, perintah darurat negara itu juga dikendurkan. – Gambar AFP, 1 Mei, 2021.
Komen