KUMPULAN pekerja asing di Hong Kong pada Sabtu mengkritik rancangan untuk mewajibkan vaksinasi Covid-19 bagi semua pembantu rumah asing, mendakwa tindakan itu berunsur penindasan dan tidak adil.
Pegawai kesihatan berkata mereka merancang untuk menjalankan program inokulasi wajib kepada 370,000 pembantu rumah di bandar ini, kebanyakannya wanita bergaji rendah dari Filipina dan Indonesia.
Mereka yang ingin memohon visa kerja - atau memperbaharui visa - perlu membuktikan mereka telah divaksinasi, kata para pegawai pada Jumaat.
Andai rancangan itu berjalan lancar, ini adalah kali pertama Hong Kong memperketat hak pekerja asing untuk divaksinasi.
“Ini jelas merupakan tindakan diskriminasi dan stigmatisasi terhadap pekerja domestik,” kata Dolores Balladares Pelaez, pengerusi Filipina Bersatu di Hong Kong, kepada wartawan.
Kumpulan pekerja yang mewakili para pembantu rumah berkata mereka marah warga asing lain - dan penduduk tempatan yang bekerja di berkaitan seperti rumah jagaan - juga tidak diwajibkan mendapat vaksin.
“Sekali lagi, kami dijadikan sasaran,” tambah Pelaez.
Pegawai kesihatan mengumumkan rancangan vaksinasi setelah dua pembantu rumah didapati dijangkiti salah satu jenis varian yang lebih berbahaya.
Semua pembantu rumah turut diperintahkan menjalani ujian saringan untuk beberapa hari ini.
Setiausaha buruh Hong Kong, Law Chi-kwong mempertahankan menghubungkan visa pekerja domestik dengan vaksinasi.
“Sudah tentu mereka boleh pilih untuk tidak bekerja di Hong Kong kerana mereka bukan penduduk Hong Kong,” kata Law. – AFP, 1 Mei, 2021.
Komen