KYRGYZSTAN mendakwa Tajikistan melanggar gencatan senjata dengan menembak rumah-rumah pada Sabtu selain berkata 33 rakyatnya telah terbunuh dalam pertempuran di sempadan antara kedua-dua negara itu sejak mereka merdeka dari Kesatuan Soviet.
Gencatan senjata disepakati pada Khamis hanya beberapa jam setelah pertempuran sengit meletus di sempadan itu.
Bagaimanapun jawatankuasa keselamatan nasional Kyrgyzstan berkata pada Sabtu, tentera Tajikistan telah “melepaskan tembakan ke atas kawasan perumahan” di daerah Leilik di wilayah Batken barat daya Kyrgyzstan, berdekatan sempadan.
Jawatankuasa keselamatan berkata penduduk kampung telah dipindahkan dari rumah masing-masing sebelum tembakan bermula pada Sabtu.
Dalam kenyataan sebelumnya, Kyrgyzstan telah menuduh Tajikistan menyekat jalan strategik menghubungkan wilayah Kyrgyz dengan negara-negara lain.
Kyrgyzstan juga mengumumkan hari berkabung pada Sabtu dan Ahad, sementara kementerian kesihatan berkata jumlah kematian telah meningkat dari 31 menjadi 33 orang. – AFP, 1 Mei, 2021.
Komen