Orang Asli Bagan Lalang rayu lebih masa, bantuan untuk pindah


Raevathi Supramaniam

LEBIH 30 suku Orang Asli Mah Meri dari Kampung Orang Asli Bagan Lalang merayu diberikan lebih masa untuk keluar dari tanah yang mereka diami sejak lebih 20 tahun lalu, susulan notis pengusiran dikeluarkan pemilik tanah, Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB).

Mereka merayu kepda PNSB dan pejabat tanah dan derah Sepang kerana mereka tidak ada tempat lain untuk berpindah dan tiada wang, jika perlu mengosongkan tanah berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis, 20 April.

Tanah berdepan Selat Melaka itu terletak berhampiran Resort Avani Sepang Gold Coast.

Secara keseluruhan terdapat 36 Orang Asli daripada 12 keluarga di Kampung Orang Asli Bagan Lalang yang diarahkan keluar dari tanah itu. Sebahagian daripadanya sudah memeluk Islam sementara yang lain masih mengamalkan animisme.

Tinya Anak Antan, lebih mesra dipanggil Nenek Tinya, antara warga emas di kampung itu. Wanita berusia 73 tahun itu adalah Mah Meri pertama membina rumah di tanah itu.

“20 tahun lalu, tanah ini hanya hutan. Saya yang bersihkan dan bina rumah daripada kayu dan bahan lain yang dapat ditemui,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Nenek Tinya pada asalnya dari Kampung Orang Asli Bukit Bangkung, 12km dari kediamannya sekarang. Beliau berpindah ke Bagan Lalang kerja bekerja.

“Dulu saya bekerja di medan selera berhampiran. Saya kayuh basikal ke tempat kerja setiap hari dan memenatkan. Saya nampak tanah ini, yang kawasan hutan pada masa itu, kosong dan saya buat keputusan bersihkan tanah ini dan bina rumah kerana lebih dekat dengan tempat kerja,” katanya.

Nenek Tinya (kiri) bersama anak saudaranya, Siarah Landi (kanan). Nenek Tinya antara individu pertama membina rumah di tanah itu. – Gambar The Malaysain Insight oleh Hasnoor Hussain, 1 Mei, 2021.

Di hujung kampungnya ada bangunan kecil milik Pasukan Gerakan Am (PGA). Bersebelahannya ada kawasan kosong yang kini menjadi tempat berkelah untuk pelancong.

Di tanah itu pada awalnya beliau membina rumahnya sebelum diarah berpindah ke tapak sekarang, tidak begitu jauh di belakang bangunan PGA.

“Pada 2019, wakil dari Avani meminta saya pindah ke belakang sedikit dari rumah asal yang saya bina. Anggota PGA bantu saya berpindah dan saya bina semula rumah. Pada masa itu mereka tidak pernah minta saya keluar dari tanah ini, hanya suruh pindah ke belakang sedikit.”

Selepas berpindah, ahli keluarga Nenek Tinya turut tinggal di situ bersamanya. Tidak lama kemudian, orang lain yang bukan Orang Asli membina rumah percutian di kawasan itu.

Pada 20 April, Nenek Tinya berkata wakil pejabat tanah, PNSB dan Avani datang ke kampung itu bersama anggota polis. Mereka menyerahkan notis pengusiran dan turut menampalnya di pintu rumah mereka.

Plot tanah didiami Orang Asli berkenaan milik kerajaan negeri dan PNSB. – 1 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen