17 kluster baharu Covid-19 berkait tempat kerja, komuniti, kata KP Kesihatan


Noel Achariam

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, 17 kluster itu merebak di Selangor, Johor, Kelantan, Sabah, Sarawak, Perak, Pulau Pinang dan Melaka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 30 April, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 17 kluster baharu Covid-19 melibatkan lima tempat kerja, lima komuniti, empat pusat pendidikan, kumpulan berisiko tinggi dan satu di pusat tahanan dan pusat agama.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, 17 kluster itu merebak di Selangor, Johor, Kelantan, Sabah, Sarawak, Perak, Pulau Pinang dan Melaka.

Dalam tempoh 24 jam, 84 kluster melaporkan peningkatan kes.

Kluster dengan jumlah kes baharu tertinggi adalah Jalan Dataran (88 kes), Perusahaan Baru Dua (81 kes) dan Pintu Air Relau (65 kes).

Senarai kluster-kluster baharu adalah seperti berikut:

Kluster komuniti

1. Nanga Tajan di Selangau dan Sibu, Sarawak dengan 34 kes.

2. Sg Ranan di Kanowit, Sarawak dengan 31 kes. 

3. Sg Ngungun di Kanowit, Sarawak dengan 27 kes. 

4. Kg Bergosong di Tawau, Sabah dengan 21 kes. 

5. Kg Hilir di Alor Gajah, Melaka dengan 18 kes.

Kluster tempat kerja

6. Kemayang di Bachok, Tumpat, Kota Bharu, Kelantan dengan 15 kes. 

7. Jln Taming Dua di Hulu Langat, Selangor dengan 12 kes. 

8. Air Padang di Miri, Kucing, Sarawak dengan 19 kes. 

9. Perusahaan Baru Dua di Seberang Prai, Pulau Pinang dengan 113 kes. 

10. Jalan Todak Satu di Seberang Prai, Pulau Pinang dengan 23 kes.

Kluster pendidikan

11. Jalan Wau di Petaling, Sepang, Selangor dengan 37 kes. 

12. Chersonese di Kerian, Perak dengan 17 kes. 

13. Jalan Agam di Miri, Sarawak dengan 38 kes. 

14.  Jalan Dataran di Negeri Sembilan dengan 96 kes. 

Kluster berisiko tinggi

15. Taman Bukit Hijau di Cheras, Kuala Lumpur dengan 11 kes. 

Pusat tahanan

16. Pagar Rimba di Johor Bahru, Johor dengan 12 kes. 

Pusat agama

17. Jalan Sultanah di Kluang, Johor dengan 22 kes. – 30 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen