Malaysia catat 3,788 kes baharu Covid-19, Selangor tertinggi


Selangor sekali lagi menyumbang kes terbanyak dengan 1,265 diikuti Sarawak 760 kes dan Kuala Lumpur 255 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 April, 2021.

KES baharu Covid-19 terus menerus meningkat dengan negara hari ini melaporkan 3,788 kes dalam tempoh 24 jam, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi ciapan di Twitter, ketua pengarah kesihatan itu berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes sejak pandemik bermula kepada 408,713 kes.

Noor Hisham berkata, Selangor sekali lagi menyumbang kes terbanyak dengan 1,265 diikuti Sarawak dengan 760 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 255 kes.

Kes aktif juga meningkat kepada 29,227, manakala 2,640 orang telah pulih.

14 kematian dicatat melibatkan 13 rakyat Malaysia dan seorang warga asing. Kematian itu dilaporkan di Sarawak, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan.

Semua mangsa mempunyai rekod kesihatan dan berumur antara 40 dan 97 tahun. – 30 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen