EU wujud sijil Covid-19 benar penduduk rentas Eropah


Eropah akan mengeluarkan sijil Covid-19 bagi membolehkan penduduk di rantau itu bergerak ke luar negara. – Gambar EPA, 29 April, 2021.

PARLIMEN Kesatuan Eropah (EU) hari ini mencapai persetujuan untuk mewujudkan sijil Covid-19, sekali gus bakal membolehkan penduduk di rantau itu bergerak antara blok EU.

Eropah mahu memastikan penduduknya mempunyai sijil yang menunjukkan status vaksin dan keputusan ujian saringan virus itu.

Proses sijil itu berada di peringkat terakhir dengan pasukan teknikal masih mencari kaedah untuk memastikan sijil itu diiktiraf di kesemua 27 anggota EU.

Sijil itu dijangka mula digunakan pada Jun.

Mereka mahu menggelarnya sebagai Sijil EU Covid-19 bagi mengelakkan berlakunya pertindihan nama jika banyak negara mula mengeluarkan pasport vaksin.

EU berkata sijil itu boleh menjadi dokumen perjalanan dan hanya boleh digunakan bagi tempoh 12 bulan sahaja.

Selain itu mereka meminta agar ujian Covid-19 dijalankan secara percuma kepada mereka yang mahu mendapatkan sijil tersebut. – AFP, 29 April, 2021.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen