SYARIKAT farmaseutikal Amerika Syarikat (AS) Moderna mensasarkan untuk meningkatkan penghasilan vaksin Covid-19 sehingga 3 bilion dos pada 2022.
Syarikat itu berkata pihaknya akan meningkatkan bekalan di kemudahannya di Eropah dan AS.
Pelaburan juga akan digandakan bersama rakan perniagaannya dari Switzerland, Lonza dan Rovi di Sepanyol.
Tahap pengeluaran dos di kemudahan AS pula akan ditingkatkan sebanyak 50%.
Syarikat itu juga dijangka dapat mencapai sasaran untuk menghasilkan antara 800 juta hingga satu bilion dos vaksin.
Pengumuman itu dibuat selepas dunia bimbang dengan varian baharu Covid-19 di India yang dikhuatiri menjejaskan usaha mengawal pandemik itu. – AFP, 29 April, 2021.
Komen