MALAYSIA melaporkan lebih 3,000 kes baharu Covid-19 hari ini, pertama kalinya sejak 24 Februari lalu ketika jumlah keseluruhan kes melebihi 400,000.
Negara mencatatkan 3,142 kes baharu Covid-19 baru dalam tempoh 24 jam terakhir.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan negara kepada 401,593 kes.
Kes tertinggi sebelum ini diumumkan pada 21 Februari dengan jumlah sebanyak 3,297.
Kali pertama kes harian melangkau angka 3,000 ialah pada 8 Januari lalu iaitu 3,027 kes.
Selangor menduduki tempat teratas dengan 1,019 kes, diikuti oleh Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing dengan 523 dan 440 kes. – 28 April, 2021.
MENYUSUL
Komen