Radzi minta KKM asing sekolah dari kluster pendidikan


Noel Achariam

Ketika ini KKM merangkumkan kluster sekolah bersama pusat pengajian tinggi, vokasional dan institusi pendidikan lain, kata Menteri Pendidikan Radzi Md Jidin. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 April, 2021.

KLUSTER Covid-19 membabitkan sekolah perlu diasingkan daripada kluster pendidikan supaya masyarakat mendapat maklumat yang jelas mengenai penularan jangkitan dalam kalangan murid, kata Menteri Pendidikan Radzi Md Jidin.

Beliau berkata ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) merangkumkan kluster sekolah bersama pusat pengajian tinggi, vokasional dan institusi pendidikan lain.

“Kita telah duduk dengan KKM untuk memohon supaya kluster pendidikan yang berkait dengan institusi yang beroperasi di bawah diletakkan berasingan.

“Ini bagi membolehkan masyarakat mendapat maklumat yang jelas tentang apa sebenarnya yang berlaku dalam konteks kluster pendidikan.

“Kalau rangkum sekali dan disebut kluster pendidikan, masyarakat lihat seolah-olah semua itu berkaitan dengan sekolah,” katanya pada sidang media khas di Kuala Lumpur hari ini.

Radzi berkata jumlah kes dalam konteks kluster pendidikan melibatkan institusi di bawah KPM adalah sekitar 2%, manakala kebanyakannya dalam komuniti.

“Dalam konteks kes yang dijelaskan oleh KKM, lebih 60% adalah kes sporadic, kes yang berlaku di luar kluster.

“Maka bakinya adalah kes kluster, hampir 40%. Dalam kes kluster ini hanya 2% sahaja berkaitan KPM. 

“Apa yang kita dapat dalam kes-kes berkaitan sekolah, mereka (murid) mendapat jangkitan dari luar, mungkin dari ibu bapa yang bekerja atau keluarga yang menghadiri majlis sosial,” jelasnya. – 28 April, 2021. 

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen