VAKSIN Covid-19 akan diberi kepada petugas media mulai Mei ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.
“Sukacita saya dan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengumumkan bahawa kita akan mula vaksinasi kepada petugas media pada bulan Mei,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Khairy berkata kerajaan mengambil maklum gesaan Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) dan kesatuan berkaitan supaya menimbangkan pemberian vaksin kepada petugas media.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) juga katanya telah memohon agar petugas media diberi keutamaan pada fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah sebelum ini berkata pemberian vaksin kepada petugas media perlu disegerakan kerana mereka turut dianggap sebagai petugas barisan hadapan.
Saifuddin juga berkata beliau menangguhkan pengambilan vaksin untuk bersama-sama petugas media mendapatkan suntikan vaksin. – 28 April, 2021.
Komen