MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ni memerintahkan warga Nigeria, Simon Momoh untuk kekal berada di Malaysia hingga permohonan semakan kehakiman difailkannya dilupuskan, kata peguamnya.
Peguam V. Vemal Arasan berkata Hakim Wan Ahmad Farid memerintahkan Jabatan Imigresen mengeluarkan surat rasmi kepada Momoh, melanjutkan pas khas untuknya kekal di Malaysia selama mana yang diperlukan hingga permohonan semakan kehakiman tu selesai.
Arasan berkata pengurusan kes bagi permohonan semakan kehakiman Momoh yang difailkan pada 20 April, didengar pagi tadi.
“Responden menyatakan akan mengeluarkan surat rasmi sebelum 6 Mei membenarkan pas khas Simon dilanjutkan mengikut Peraturan Jabatan Imigresen 1963,” kata Arasan kepada The Malaysian Insight.
Momoh ditahan bulan lepas dalam satu sekatan jalan raya di Cheras kerana disyaki mabuk ketika memandu.
Dia mengaku bersalah atas tuduhan itu dan membayar denda RM12,000.
Namun dia kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 35 Akta Imigresen 1959 yang membenarkan pihak berkuasa menahannya tidak lebih 30 hari.
Dia ditahan di pusat tahanan di Semenyih sepanjang bulan lepas.
Pada 14 April, isterinya Low Kar Wai menerima emel daripada Jabatan Imigresen untuk memintanya menguruskan penerbangan membawa Momoh pulang ke Nigeria.
Dia juga dimaklumkan bahawa pas lawatan sosial yang sah sehingga 14 Oktober 2022, dibatalkan. – 28 April, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen