Bantuan pandemik Covid-19 mula tiba di India 


India berdepan krisis penularan wabak yang sangat teruk hingga melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan.– Gambar EPA, 28 April, 2021.

BEKALAN perubatan kecemasan pertama tiba di India pada Selasa yang merupakan sebahagian daripada kempen untuk mengekang gelombang penularan wabak di negara berkenaan.

Amerika Syarikat turut berjanji untuk mengeksport jutaan dos vaksin AstraZeneca ke negara yang menjadi titik panas penularan koronavirus. 

Alat bantuan pernafasan dari Britain turut diturunkan di lapangan terbang New Delhi pada awal Selasa yang merupalan bekalan perubatan pertama tiba di negara itu. 

Pada Selasa sahaja sebanyak 350,000 kes jangkitan baharu direkodkan di India sekaligus melonjakkan kes global kepada 147.7 juta dan meragut lebih 3.1 juta nyawa di seluruh dunia. 

Di New Delhi, tapak parkir dijadikan pusat pembakaran mayat sementara. 

“Penduduk terus mati, mati dan mati,” kata Jitender Singh Shanty yang menguruskan pembakaran kira-kira 100 mayat sehari di sebuah tapak di timur bandar berkenaan. 

“Sekiranya kita terima lagi mayat kita terpaksa bakarnya di tepi jalan. Tiada ruang lagi di sini.”

Walaupun India memegang status “farmasi dunia”, pengeluar ubat-ubatan terbesar itu tidak mampu memenuhi permintaan ubatan seperti remdesivir. 

Ramai doktor mengatakan remdesivir tidak penting untuk rawatan Covid-19 , namun hospital tetap memberikannya kepada pesakit.

“Kerajaan gagal untuk membantu kami sehinggakan mereka yang masi boleh bertahan turut meninggal dunia,” kata seorang penduduk Vinod Kumar.– AFP, 28 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen