PKPB dilanjutkan di 5 negeri sehingga 17 Mei


PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak yang sepatutnya berakhir esok dilanjutkan untuk dua minggu lagi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 April, 2021.

PUTRAJAYA melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak sehingga dua minggu lagi, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob hari ini.

PKPB di negeri-negeri ini sepatutnya berakhir esok.

Dalam sidang media petang tadi Ismail berkata, Sabah yang sebelum ini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kini berada di bawah PKPB selepas mencatat lonjakan jumlah kes baharu Covid-19.

Ismail Sabri berkata Kelantan akan terus berada di bawah PKP untuk dua minggu lagi selepas kesemua 10 daerah di negeri ini mencatat jumlah jangkitan baharu yang tinggi.

“Perlis, Pahang, Kedah, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Putrajaya, Labuan dan Melaka kekal di bawah PKPP,” katanya. 

Ismail Sabri juga berkata bahawa perjalanan rentas negeri masih dilarang sementara aktiviti pelancongan hanya dibenarkan di negeri-negeri di bawah PKPP.

“Perjalanan antara daerah dibenarkan kecuali di Sabah dan Sarawak,” tambahnya.

Mengenai SOP Hari Raya, Ismail Sabri berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum memutuskan prosedur operasi standard (SOP)..

“Kami akan mengumumkannya apabila MKN menyusun SOP terakhirnya,” katanya.– 27 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen