Pakatan Sarawak gesa kuasa dikembalikan kepada negeri


Asila Jalil

Ketua Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen berkata pemulangan kuasa kepada negeri-negeri merupakan satu bentuk revolusi dan pembaharuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 Januari, 2018.

PAKATAN Harapan (PH) Sarawak menggesa supaya pemencaran kuasa dilakukan dan dikembalikan semula kepada setiap negeri.

Ketua PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata pemulangan kuasa kepada negeri-negeri merupakan satu bentuk revolusi dan pembaharuan.

“Ini bukan hanya untuk Sabah dan Sarawak. Jika ia berjaya, ia boleh digunakan di negeri-negeri lain di Semenanjung,” kata Sim pada Konvensyen PH di IDCC, Shah Alam hari ini.

Beliau berkata, berlaku masalah apabila terlalu banyak kuasa berada di tangan kerajaan Persekutuan.

“Jadi, kami memberitahu rakyat Sarawak yang ini merupakan konsep baharu, harapan baharu di mana kerajaan negeri diberi kuasa serta tanggungjawab yang lebih besar,” katanya sambil menambah pelaksanaannya memerlukan belanjawan anggaran.

PH juga kata Sim menjanjikan royalti minyak dan gas sebanyak 20%, bukan 5% kepada rakyat Sarawak.

“50% daripada cukai yang dikutip di Sarawak akan dipulangkan kepada negeri,” tambah Sim.

Pada September, PH mengemukakan “perjanjian baharu” untuk Sabah dan Sarawak yang didakwa lebih baik berbanding Perjanjian Malaysia 1963.

Menurut PH, enam tawaran kepada Sabah dan Sarawak lebih baik daripada peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – 7 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen