Hong Kong, Singapura mula gelembung perjalanan pada Mei


Bermula 26 Mei, satu penerbangan setiap hari yang membawa hingga 200 penumpang akan ulang-alik antara Singapura dan Hong Kong. – Gambar AFP, 26 April, 2021

HONG Kong dan Singapura pada Isnin mengumumkan rancangan untuk menghidupkan kembali gelembung perjalanan koronavirus mereka dengan penerbangan khas antara kedua-dua bandar tersebut mulai 26 Mei.

Kedua-dua pusat perniagaan itu terpaksa membatalkan koridor perjalanan bebas kuarantin yang dinanti-nantikan pada akhir tahun lalu selepas Hong Kong dilanda gelombang keempat jangkitan.

Bermula 26 Mei, satu penerbangan setiap hari yang membawa hingga 200 penumpang akan ulang-alik antara dua bandar. 

Cathay Pacific dan Singapore Airlines akan berkongsi laluan dengan dua penerbangan harian yang dirancang mulai 10 Jun dan seterusnya.

Warga Hong Kong yang ke Singapura perlu mengambil dua dos sama sama ada vaksin Pfizer-BioNTech atau Sinovac - percubaan untuk menggalakkan imuniasi di bandar yang pengambilannya masih 11% walaupun mempunyai banyak bekalan.

Pelancong dari Singapura - yang mempunyai kadar vaksinasi sekitar 20% - tidak akan diminta disuntik tetapi mesti didapati negatif ujian sebelum berlepas dan tiba.

Hong Kong dan Singapura mengekalkan peraturan kuarantin yang ketat untuk semua kemasukan, langkah yang menjadikan kadar jangkitan relatif rendah. Tetapi sekatan tersebut menjejaskan pelancongan dan ekonomi.

Walaupun banyak negara terdesak untuk memulakan kembali perjalanan global, gelembung bebas kuarantin mempunyai kejayaan yang terhad. 
Taiwan dan Palau memperkenalkan gelembung perjalanan khas bulan lalu diikuti oleh Australia dan New Zealand.

Pada Jumaat, New Zealand menghentikan ketibaan dari Australia Barat selepas berlaku wabak di sana.

Kesatuan Eropah ingin membenarkan pelancong Amerika yang sudah menerima vaksin, agar dapat berkunjung tanpa sekatan pada musim panas.

Bagaimanapun, dengan jangkitan global yang terus meningkat dan hanya sebilangan kecil penduduk dunia divaksinasi, koridor perjalanan yang meluas masih jauh untuk dicapai.

Gelembung Hong Kong dan Singapura bergantung kepada kedua-dua belah pihak yang masih bebas koronavirus dalam beberapa bulan mendatang.

Kedua-duanya bersetuju gelembung akan ditangguhkan selama dua minggu jika purata jangkitan harian yang tidak dapat dikesan dalam satu minggu mencapai lebih lima kes di kedua-dua bandar. – AFP, 26 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen