Kadar kemalangan menurun pada tahun pandemik 


Alfian Z.M. Tahir

Menurut Kementerian Pengangkutan, 17 penunggang penghantar barangan maut dalam kemalangan pada 2020 berbanding hanya seorang pada tahun sebelumnya.

KEKURANGAN aliran trafik dan perubahan dalam mod pengangkutan berikutan pandemik Covid-19 merupakan dua sebab utama kadar kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2020 berkurangan berbanding 2019, kata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).

Pengarahnya Dr Muhammar Marizwan Abdul Manan berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) yang membuatkan masyaraat duduk di rumah dan kurang kenderaan di jalan raya menyumbang kepada penurunan ini.

“Hanya sedikit jumlah kenderaan di jalan raya dan mod pengangkutan berubah. Sebagai contoh, orang ramai bergantung kepada perkhidmatan e-hailing untuk mendapatkan makanan dan barangan keperluan asas. Penunggang motosikal digunakan untuk menghantar bungkusan dan barangan.

Blog automotif paultan.org baru-baru ini menyiarkan hasil dapatan kajian Miros yang menunjukkan penurunan statistik kematian akibat kemalangan jalan raya untuk 2020.

Pada 2020, terdapat 4,634 kemalangan maut, iaitu pengurangan 24.9% berbanding angka 2019, yang merekodkan 6,167 kemalangan jalan raya.

Malaysia mula melaksanakan PKP pada 18 Mactahun lalu bagi mengekang penularan virus Covid-19. Ia turut dilanjutkan di beberapa negeri bergantung kepada jumlah kes jangkitan wabak.

Malah di bawah perintah sekaran pergerakan yang dilonggarkan, seperti perintah kawalan pergerakan bersyarat dan perintah kawalan pergerakan pemulihan, perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran polis, dan ramai yang masi bekerja dari rumah.

Kemalangan jalan raya masih mengatasi jumlah kematian akibat virus pada 2020, yang mana ia merekodkan 47 kes, dengan 70& kematian berlaku antara Oktober dan Disember.

Lebih banyak kecederaan dalam kalangan penunggang penghantaran

Walaupun kematian akibat kemalangan jalan raya berkurangan dalam tahun pandemik, kes melibatkan kecederaan meningkat, kata Miros.

“Terdapat peningkatan 2,192 kes atau 14.6% daripada 15,044 kes yang direkodkan pada 2019 kepada 17,236 kes pada 2020,” menurut laporan kecederaannya.

Ini berikutan kewujudan lebih ramai penunggang penghantaran di jalan raya yang lengang ketika pandemik.

Jalan raya yang lengang dan tidak diselenggara ketika sekatan pergerakan Covid-19 merupakan salah satu faktor yang membawa kepada jumlah kecederaan yang tinggi, kata Marizwan.

“Pengguna jalan raya seperti penunggng motosikal, terutamanya penghantar barang terdedah kepada risiko seperti jaan raya tidak diselenggara, jalan berlubang atau berpasir. Penunggang leebih terdedah kepada risiko kerana mereka menaiki kenderaan dua roda.

“Faktor yang lain adalah menunggang dengan tidak bertanggungjawab. Apabila jalanraya lengang, ada segelintir penunggang yang menunggang secara bahaya yang mendedahkan mereka kepada risiko,” katanya.

Bagi kecederaan akibat kemalangan, laporan Miros menunjukkan:

- lonjakan kecederaan ringan dari 5,855 kes pada tahun 2019 kepada 9,762 kes pada tahun 2020;

- penurunan kecederaan parah dari 3,022 pada tahun 2019 kepada 2,840 pada tahun 2020. – 27 April, 2021.

Berita penuh di sini. 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen