IBU negara India, New Delhi semalam melanjutkan perintah berkurung apabila krisis Covid-19 di negara itu meningkat dengan jangkitan dan kematian mencapai tahap tertinggi.
Sistem penjagaan kesihatan sudah berjuang mengatasi lonjakan besar, dengan laporan kekurangan oksigen dan perubatan yang teruk serta keluarga pesakit meminta bantuan di media sosial.
India merekodkan 349,691 kes baharu dan 2,767 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir – tertinggi sejak bermulanya wabak ini.
Bandar raya utara – yang menempatkan 20 juta penduduk dan paling teruk diland di India – telah menguatkuasakan perintah berkurung selama seminggu pada Isnin.
“Kami memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung selama seminggu,” kata Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
“Malapetaka koronavirus berlanjutan dan tidak berhenti,” tambahnya.
New Delhi semalam melaporkan kurang dari 23,000 kes baharu dengan lebih satu perempat daripada mereka diuji positif dengan 350 kematian.
Negara ini sudah melaksanakan 141 suntikan vaksin setakat ini tetapi pakar berkata program vaksinasi besar-besaran perlu ditingkatkan secara siginifikan di negara yang mempunyai penduduk seramai 1.3 bilion.
Terdapat kritikan yang semakin meningkat terhadap kerajaan Modi atas tuduhan bahawa beliau tidak bersiap sedia berdepan lonjakan kes. – AFP, 26 April, 2021.
Komen