UK lancar kempen Covid-19


Kerajaan United Kingdom (UK) melancarkan kempen baharu hari ini yang mendesak mereka berusia bawah 50 tahun mendapatkan vaksin koronavirus. – Gambar EPA, 26 April, 2021.

KERAJAAN United Kingdom (UK) melancarkan kempen baharu hari ini yang mendesak mereka berusia bawah 50 tahun mendapatkan vaksin koronavirus.

Kementerian Kesihatan berkata kempen televisyen, radio, media sosial dan papan iklan – berjenama “setiap vaksinasi memberi kita harapan” – akan menunjukkan usaha vaksinasi terbesar dalam sejarah Britain dengan menampilkan petugas kesihatan dan sukarelawan serta mereka yang diberi imunisasi.

Organisasi sektor swasta dan awam juga terlibat seperti sistem pos awam Royal Mail, yang akan menggunakan tanda pos khas pada surat antara 5 sehingga 7 Mei.

Kempen itu dilancarkan ketika kerajaan beransur-ansur mengurangkan langkah penutupan selama berbulan-bulan, setelah Britain menyasarkan pertengahan April untuk pemberian dos pertama vaksin kepada semua yang berusia lebih 50-an.

Hampir 34 juta orang – hampir dua pertiga dari populasi orang dewasa – kini menerima suntikan awal dengan pegawai menawarkan kepada semua golongan dewasa mendapatkan vaksin pada Ogos.

UK pada awalnya antara negara paling terjejas teruk di dunia oleh wabak ini dengan 4.4 juta kes dan hampir 128,000 kematian.

Oleh itu kempen vaksin yang cepat dianggarkan dapat menyelamatkan lebih 10,000 nyawa di Britain antara Disember dan Mac.

Analisis oleh Pejabat Statistik Nasional dan Universiti Oxford menunjukkan bahawa jangkitan turun 65 peratus selepas vaksin pertama. – AFP, 26 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen