JERMAN akan melarang ketibaan pengunjung dari India kecuali rakyat sendiri, kata Menteri Kesihatan Jens Spahn.
Beliau berkata langkah itu diambil sebagai mengekang varian baharu Covid-19 dari negara Asia Selatan itu yang dipercayai lebih merbahaya.
Bermula Isnin, hanya rakyat Jerman dibenarkan memasuki negara itu jika balik berkunjung dari India, katanya.
Bagaimanapun mereka perlu menjalani ujian saringan dan kuarantin selama 14 hari sebagai langkah keselamatan.
Selain Jerman, Kanada, Britain dan Kuwait telah mengambil langkah sama menghalang kemasukan pengunjung daripada India.
India setakat ini melaporkan 190,000 kematian akibat Covid-19. – AFP, 24 April, 2021.
Komen