NEW Zealand semalam umum menangguhkan sementara gelembung perjalanan dengan Australia yang baru dibuka, susulan peningkatan kes Covid-19 di Australia.
“Perjalanan rentas negara menerusi protokol gelembung perjalanan trans-Tasman antara New Zealand dan barat Australia itu dihentikan sementara sehingga diberitahu kelak,” kata kenyataan di laman web kerajaan New Zealand.
Keputusan tersebut dibuat selepas Australia Barat umum pelaksanaan perintah berkurung tiga hari sehingga Sabtu di Perth dan Peel berikutan seorang pelancong disahkan positif Covid-19.
New Zealand dan Australia mula membuka gelembung perjalanan bebas kuarantin pada 18 April.
Australia menyumbang kira-kira 1.5 juta atau 40% daripada jumlah pengunjung ke New Zealand pada 2019. – AFP, 24 April, 2021.
Komen