Jepun isytihar perintah kecemasan di 4 wilayah


Pelaksanaan perintah kecemasan di Jepun akan lebih ketat berbanding sebelum ini. – Gambar EPA, 23 April, 2021.

JEPUN mengumumkan pelaksanaan perintah kecemasan di Tokyo dan tiga lagi wilayah bagi menangani peningkatan kes Covid-19, tiga bulan sebelum acara sukan Olimpik bermula.

Kadar jangkitan di negara itu masih rendah berbanding kebanyakan negara tetapi peningkatan kes baru-baru ini mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan.

“Kita akan melaksanakan perintah kecemasan di Tokyo, Kyoto, Osakan dan Hyogo,” umum Perdana Menterui Yoshihide Suga.

Perintah itu akan berkuatkuasa bermula 25 April sehingga 11 Mei.

Pelaksanaan perintah itu akan lebih ketat berbanding sebelum ini dengan restoran dan pusat beli belah akan ditutup sepanjang tempoh itu.

Penonton juga tidak akan dibenarkan hadir ke acara sukan dan pelaksanaan bekerja dari rumah amat digalakkan. – AFP, 23 April, 2021.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen