LEBIH separuh daripada lapan kluster Covid-19 dilaporkan hari ini berkait dengan institusi pendidikan.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat daripada lima kluster pendidikan yang dilaporkan hari ini dikesan di sekolah awam dan institusi.
Dua daripada kluster ini dikesan di Sarawak.
Menurutnya kluster Jalan Roban Lama di Saratok Sarawak dan Kabong menyaksikan 48 kes manakala Jalan Selirik melibatkan kakitangan dan peajar sebiah sekolah di Kapit merekodkan 23 kes.
Di Pulau Pinang katanya, sembilan kes dilaporkan dalam kluster Jalan Sungai Daun yang dikesan di sebuah sekolah di Nibong Tebal.
Yang lain adalah kluster Persiaran Sri Saujana di Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu kluster Mempaga Satu melaporkan 44 kes. Kluster yang dikesan di sebuah institut di Bentong, Pahang turut menyumbang kes di daerwah Maran serta merentas negeri di Petaling Jaya, Selangor.
Selain itu pihak berkuasa kesihatan turut melaporkan dua kluster penularan komuniti iaitu Gong Demin (51 kes) di Kelantan dan Sri Desa (10 kes) di Pahang.
Kluster Jalan Bukit Bintang merekodkan tujuh kes melibatkan pekerja restoran di Kuala Lumpur, merupakan satu-satunya kluster tempat kerja yang dilaporkan hari ini.
Dr Noor Hisham turut mengisytiharkan enam kluster tamat.
Dengan ini jumlah kluster aktif di negara ini kini 354. – 23 April, 2021.
Komen