Hanya satu daripada lima responden puas hati cara Putrajaya kendali krisis Covid-19


Noel Achariam

HANYA 21% rakyat Malaysia sangat berpuas hati dengan cara Putrajaya mengendalikan krisis pandemik Covid-19, lapor tinjauan Merdeka Centre.

Tinjauan yang dijalankan antara Mac dan April itu menunjukkan sebanyak 49% responden berpuas hati manakala 19% lagi tidak berpuas hati.

Selain itu 10% yang mengambil bahagian dalam tinjauan itu menyatakan rasa amat tidak puas hati terhadap prestasi kerajaan manakala 1% lagi tidak berpihak.

Semalam, Kementerian Kesihatan merekodkan 2,875 kes baharu Covid-19 dan menjadi hari ketujuh berturut-turut kes melebihi angka 2,000.

Angka korban juga meningkat kepada 1,400 orang selepas 11 lagi kematian baharu dicatatkan.

Tinjauan itu juga mendapati 81% orang Melayu berpuas hati dengan cara kerajaan mengendalikan krisis disusuli India (67%) dan Cina (44%).

Di kawasan luar bandar, kerajaan mendapat sokongan 77% berbanding 66% di kawasan bandar. – 23 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen