KEADAAN politik tidak stabil dan kebimbangan mengenai tahap ekonomi menjadi kebimbangan utama pengundi yang berpendapat negara berada di landasan yang tidak betul.
Tinjauan badan kajian Merdeka Center mendapati, pandangan pengundi ke atas pentadbiran negara bercampur-campur, walau 46% daripada yang ditinjau melihat negara berada di landasan betul.
Seramai 41% peratus yang melihat negara berada di landasan betul menyebut pandangan positif ke atas pentadbiran negara dan jaminan kebajikan rakyat, menurut badan itu.
Di kalangan 46% pengundi yang berpendapat negara berada di landasan salah pula, majoritinya menyebut kebimbangan mengenai isu ekonomi.
Kebimbangan mengenai pandemik di tahap 16%, menurut Merdeka Center yang mengumumkan Ia hasil tinjauannya yang dijalankan antara 31 Mac hingga 12 April ke atas 2,111 pengundi.
Seramai 57% pengundi yang ditinjau juga memberitahu Merdeka Center, kedudukan ekonomi mereka lebih buruk berbanding sebelum kawalan pergerakan menunjukkan kesan.
Seramai 68% pengundi juga berpendapat, keadaan ekonomi negatif berbanding setahun lalu manakala seramai 51% puas hati dengan pengurusan ekonomi berbanding 43% yang tidak puas hati. – 23 April, 2021.
Menyusul
Komen