JUMLAH kluster Covid-19 meningkat dalam tempoh dua minggu bermula 4 hingga 17 April, menurut infografik Kementerian Kesihatan.
Menurutnya terdapat 56 kluster dikesan pada minggu pertama dan 64 kluster pada minggu kedua iaitu peningkatan 14.3%.
Kes berkait dengan kluster meningkat 46.8% dari 2,870 kepada 4,212.
Kluster pendidikan meningkat dua kali ganda dari enam hingga 12 dalam tempoh tersebut, merangkumi 10.7% daripada jumlah kelompok pada minggu pertama dan 18.8% pada minggu kedua.
Selain itu, kluster tempat kerja meningkat sebanyak 7.14% dengan 28 kluster dikesan pada minggu pertama dan 30 pada minggu berikutnya.
Sebaliknya kluster penularan komuniti hanya meningkat 5.9% dari 17 hingga 18 kluster.
Terdapat satu kluster import dikesan pada minggu pertama dan tiada pada minggu kedua.
Kluster majlis agama dan pusat tahanan kekal tidak berubah dengan tiga dan satu kluster setiap minggu.
Sejumlah 70 kluster tamat pada minggu pertama manakala minggu kedua menyaksikan jumlah rendah iaitu 60.
Antara 4 dan 17 April, terdapat peningkatan 44.6% kes positif. Terdapat 9,507 kes positif dilaporkan pada minggu pertama dan 13,742 pada minggu berikutnya.
Berhubung kes kematian, 35 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya dan 49 pada minggu berikutnya.
Pihak berkuasa kesihatan turut meningkatkan kapasiti ujian dari 342,159 kepada 382,267.
Peningkatan bagi kes serius turut dikesan pada minggu kedua yang mana 205 kes dirawt di unit rawatan rapi berbanding 158 pada minggu seterusnya.
Semalam, Malaysia melaporkan 2,875 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes seluruh negara 384,688.– 23 April, 2021.
Komen