KES harian Covid-19 di Malaysia boleh meningkat sehingga 3,000 jangkitan selepas Hari Raya sekiranya kurang pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), menurut ramalan Kementerian Kesihatan.
Menurut ramalan, kemungkinan kes harian mencecah 3,000 pada 15 Mei jika kadar jangkitan (r-O) meningkat kepada 1.2.
Hari Raya jatuh pada 13 dan 14 Mei.
Jumlah harian boleh mencapai 4,000 kes tertinggi pada akhir Mei jika r-O kekal tinggi.
Sebagai alternatif, jika pematuhan terhadap SOP tinggi, kes harian dapat mengalami penurunan yang stabil dan jatuh ke bawah 1,000 pada 15 Mei.
Ini berdasarkan andaian r-O 0.8. Tred menurun kemudian dijangka berterusan sehingga akhir Mei jika r-O berada di 0.8.
R-O negara kekal pada 1.16 selama lima hari.
R-O berada di bawah 1.0 sebelum 8 April. Namun sejak itu ia kekal lebih dari 1.0 sejak-ketika mencapai kemuncak 1.19 pada 18 April.
Semalam kadar jangkitan negara berada pada 1.16.
R-O menunjukkan jumlah jangkitan baharu yang dianggarkan berpunca dari satu kes.
Antara 4 dan 17 April terdapat peningkatan 44.6% kes positif. Terdapat 9,507 kes positif dilaporkan pada minggu pertama dan 13,742 pada minggu berikutnya.
Sebanyak 35 kes kematian dilaporkan pada minggu sebelumnya dan 49 pada minggu berikut.
Kementerian Kesihatan juga meningkatkan kapasiti ujian dari 342,159 kepada 382,267. – 23 April, 2021.
Komen