Jepun bakal umum darurat


Jepun menyaksikan wabak virus yang relatif kecil dengan kurang 10,000 kematian walaupun tidak pernah melaksanakan perintah berkurung ketat seperti negara lain. – Gambar EPA, 23 April, 2021.

KERAJAAN Jepun bakal mengumumkan darurat di Tokyo dan tiga wilayah lain hari ini, tepat tiga bulan sebelum acara pembukaan Olimpik dilaksanakan.

Langkah-langkah tu akan lebih ketat dari pelaksanaan darurat sebelum ini yang dikenakan di beberapa bahagian negara itu mulai Januari, namun masih belum mencapai penutupan ketat yang berlaku di beberapa bahagian dunia.

Menteri yang mengawasi respons Covid-19 Yasutoshi Nishimura berkata kerajaan

Pengisytiharan darurat secara rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini dengan langkah yang diharapkan meliputi Tokyo, Osaka, Kyoto dan Hyogo. Darurat sebelum ini diperluas ke kawasan lain selepas diumumkan.

Langkah-langkah tersebut dilaporkan akan meminta perniagaan yang menyajikan alkohol ditutup sepanjang tempoh antara 25 April sehingga 11 Mei dan juga menutup kemudahan komersial utama seperti pusat membeli-belah.

Media tempatan berkata langkah itu bertepatan dengan percutian Minggu Emas yang merupakan tempoh perjalanan paling sibuk di Jepun tahun ini yang melibatkan pemotongan beberapa perkhidmatan kereta api dan bas untuk mencegah pergerakan.

Pihak berkuasa di kawasan yang terjejas juga melarang penonton hadir ke acara suka tetapi pegawai berkeras bahawa tindakan darurat tidak akan memberi kesan kepada penganjuran Olimpik.

Jepun menyaksikan wabak virus yang relatif kecil dengan kurang 10,000 kematian walaupun tidak pernah melaksanakan perintah berkurung ketat seperti negara lain.

Tetapi kes virus meningkat pada musim sejuk ketika darurat kedua dikuatkuasakan di beberapa bahagian negara dan kembali pulih selepas tindakan itu ditarik semula pada Mac.

Tokyo semalam mencatatkan 861 jangkitan baharu, sementara Osaka mencatat 1,167 kes, sedikit menurun dari jumlah sehari sebelumnya.

Pihak berkuasa di Osaka berkata bahawa kemudahan kesihatan di sana sudah tidak banyak dengan katil untuk pesakit yang tidak mencukupi.

Sementara itu program vaksin Jepun bergerak perlahan dengan hanya 1.5 juta orang diberi suntikan pertama dan hanya kira-kira 827,000 yang diberi vaksin sepenuhnya.

Sehingga kini hanya vaksin Pfizer yang diluluskan dan persetujuan untuk Moderna dan AstraZeneca dijangka sebelum Mei. – 23 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen