JERMAN akan memperluaskan vaksinasi Covid-19 kepada semua golongan dewasa selewat-lewatnya pada Jun, umum Menteri Kesihatan Jens Spahn semalam.
Langkah tersebut mungkin akan dimulakan lebih awal, kata Spahn.
Menurut data rasmi sebanyak 21.6% penduduk Jerman sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.
Beberapa negeri minggu ini umum cadangan untuk membuka pendaftaran bagi vaksin AstraZeneca kepada orang ramai yang berminat.
Jerman mengesyorkan vaksin AstraZeneca diberi kepada individu berusia 60 tahun ke atas susulan laporan beberapa kes darah beku dalam kalangan penerima muda.
Canselor Angela Merkel minggu lalu menerima dos pertama vaksin itu.
Sebanyak 29,518 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Jerman dalam tempoh 42 jam yang lalu, iaitu angka harian tertinggi sejak negara itu dilanda pandemik. – AFP, 23 April, 2021.
Komen